Abu Zar
r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada
masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang
daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda s.a.w bersabda:
"Ya
Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur
seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat
ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, inilah dia rahsia solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat sembahyang: Memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2. Berdiri betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-Mustaqim.
8. Duduk antara dua sujud: Akan menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur
9. Duduk antara dua sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10. Tahhiyat akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib: Pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
0 comments:
Post a Comment