Air Mata Yang Tidak Dituntut

Wednesday, 22 February 2012 0 comments




1. Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Allah yang telah menentukannya?


2. Janganlah menangis ketika menonton filem hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?


3. Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.


4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.


5. Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.


6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Allah.




   Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah Allah SWT. 


   Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat meleburkan dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.


Rasulullah SAW bersabda, 


"Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabillah pada waktu malam."

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011-2012 Majlis Pelajar Islam (MPI) | designed by Abu Hassan