Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Cerita Nabi Nuh a.s. ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuk Nabi Nuh a.s. sendiri pada zaman itu.
Nabi Nuh a.s. pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.
Nabi Nuh : "Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?"
Anjing itu pun menjawab : "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"
Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.
Dan dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah s.w.t. kerana mengkritik dan menghina kejadian Allah s.w.t. dengan tidak sengaja.
Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.
Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment