Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Thursday, 19 July 2012 0 comments

Assalamualaikum..

Semakin terasa bahangnya Ramadhan. Semoga kedatangan Ramadhan kali akan memberi makna dan manfaat yang besar kepada kita semua, Insya Allah.

Untuk itu, MPI ingin kongsikan 10 senarai semak (check list) sebagai persiapan menghadapi Ramadhan kali ini iaitu:

1) Memohon maaf kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.

2) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka”

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.



4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah-ibadah sunat sebagai tambahan.

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, selenggarakan dan hadiri majlis-majlis ilmu agama (Islam) di tempat anda.

6) Perbanyakkan membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 30 Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbanyakkan bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf (berdiam diri atau menginap didalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulullah SAW.

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan amal ibadah kita yang utama.


Selamat Berpuasa daripada kami Majlis Pelajar Islam KPTMKL (^_^)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011-2012 Majlis Pelajar Islam (MPI) | designed by Abu Hassan