Bagaimana Ingin Mengekalkan Ketenangan Jiwa

Friday, 24 February 2012 0 comments

1. Selalu bersolat dengan khusyuk.

2. Sentiasa berwuduk terutamanya semasa tertekan.

3. Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.

4. Berpuasa dan bersolat sunat.

5. 
Melangsaikan semua hutang.  

6. Tidur yang mencukupi.

7. Suasana dan kediaman yang teratur.

8. Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.

9. 
Elokkan pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai. 

10. Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.  

11. 
Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.   
   
12.
Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang menggembirakan.   

13.
Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.  

14. Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.

15. Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.

16. Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan (stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

17. Percaya kepada Qada dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011-2012 Majlis Pelajar Islam (MPI) | designed by Abu Hassan