Siapakah Sahabat Kamu?
1. Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika kamu merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia memperolehi sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan cuba menutupnya.
7. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan dan masalah yang kamu alami.
8. Jika datang sesuatu bencana yang menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.
9. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kata-katamu itu sekiranya kamu berada dipihak yang benar.
10. Jika kamu merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu mengusahakan apa yang kamu rancang.
Majlis Pelajar Islam
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment